Aspirasi Pendidikan

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi   melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

 

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Mewujudkan system pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

 

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Matlamat pendidikan Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi  mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR

Pendidikan Islam ialah wadah yang canggih dan proses yang berterusan secara dinamik bagi pembentukan insan yang kamil dan syamil secara sepadu dan seimbang berteraskan prinsip aqidah, syariat dan akhlak bersumberkan Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ melalui proses ta’lim, tarbiyaah dan takbib yang terancang untuk mengembangkan potensi jiwa intelek, emosi dan jasmani sehingga tercerna jiwa kehambaan yang terpadu berbagai upaya dan daya yang menjadi asas pelaksanaan tanggungjawab kehalifahan untuk mencapai hasanah di dunia dan hasanah di akhirat

 

 

 

Ruang Ahli

Kongsikan halaman ini ke:

Free business joomla templates
304115
Visitors Counter